Monday, March 7, 2011

haMpeH..teRkEna aKu!!

salam...

sKrG LuNch Hour..BiasanYa mMg KitaORg dH xKuar tiME nie sBB masa breaKfasT pUn KItaOrg dH mKn mCm Org maKan TengahAri...kaDaNg2 oRG PeLIk jer TengOK, yerla..org kaLU breaKfast mKN roti canaI ke, Nasik leMak ke xPUn Roti BakAr BerSama Teh Tarik Or air Panas lain...Tp kiTaorg PuNyer Breakfast hebaT sekali..cOnToH menU piLihan, ariNI nasI berlaUK, Esok ko aMIk tomyaM, akU amik DagIng masaK meRAh, Dia amIk ayam MasaK haLia..TulaT nAsI GoreNg UdanG + Telur dadar..Begitula SeterUsnya....hahhaha..heBat kan?

Nak dijadiKan cerita, dalAm suaSana menduNG, seJuK2 nie...aKU terasa TeriNgin NK baCa kisaH seraM lak..aKu NIe mmG dH dikategorIkaN sebagaI yanG palInG penakUt di aNtara GenG2 kt cnie...tp xTau ler kenaPA aRINI mcM beranI lak...

DengaN penUh pUlUn akU searcH2 la kT Internet nie...daN aKHirnYa akU terjUMpa saTU KisaH seraM sejUK yanG begItu membUatkan akU raSa mcM nk..................

KisaH nya BermUla begini.........
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.

Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.






Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak
gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya
didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……


SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK
BELI UBIIIII..??????...


HAMPEH BTOIIIII !!!! TERKENA AKu !!!!

1 comment:

  1. hahahahhahaa!!!aku baca perenggan akhir...sbb aku tau ko dah terkena..hahaha

    ReplyDelete